Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP Separuh Masa)
PPKP Separuh Masa JPA hanya terbuka kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
(a) Pegawai Kumpulan Pelaksana lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan (tidak termasuk Badan Berkanun Persekutuan);
(b) telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;
(c) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
(d) berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun penawaran;
(e) pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti Kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang telah dimiliki;
(f) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti latihan jangka panjang/ sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti berikut:
Tempoh Kursus | Tempoh Menunggu (pada 1 Januari tahun penawaran) |
---|---|
Lebih 12 bulan | 2 tahun |
Lebih dari 3 bulan dan kurang dari 12 bulan | 1 tahun |
(g) permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
(h) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;
(i) bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam JPA atau badan penaja lain;
(j) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima tahun terkini;
(k) bebas dari sebarang penyakit kronik seperti di LAMPIRAN A;
(l) tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja lain bagi Kursus yang akan diikuti.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 3 April 2023 sehingga 26 Mei 2023.
- Lampiran B - Syarat & Tatacara Permohonan/ Pencalonan(Pindaan Terkini: Borang Pengakuan Kesihatan JPA)
- Lampiran 1- Senarai Bidang Pengajian Ijazah Pertama
- Lampiran 2- Senarai Penyakit Kronik
- Lampiran 3- Borang Maklumat Ringkas Pengajian
- Lampiran 4- Senarai IPTA dan Politeknik (Ijazah Pertama)
- Borang Pengakuan Kesihatan JPA