Skip to main content

Pelawaan Permohonan Program Skills Training Initiative (STRIVE) Tahun 2024

Sukacita Jabatan ini ingin mempelawa Kumpulan Pelaksana lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon pengajian Persijilan Kemahiran Malaysia di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 hingga Tahap 3) atau Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) secara sepenuh masa. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 12 Julai 2024 jam 5.00 petang hingga 31 Oktober 2024 jam 11.59 malam. Sila rujuk dokumen berkaitan dan pautan permohonan seperti di bawah:

Notis Iklan STRIVE 2024
Lampiran A- Syarat-syarat permohonan
Lampiran B- Tatacara permohonan
Lampiran 1-Senarai Institusi TVET & Peringkat latihan
Lampiran 2- Ringkasan Tatacara Permohonan STRIVE 2024
Borang PPSM
Borang Pemeriksaan Kesihatan JPA
Borang Pengesahan Kebenaran Berpindah dan Membawa Keluarga (Jika berkaitan)
Borang Pengesahan Maklumat Pengajian TVET 
Sila klik di sini untuk memohon