Skip to main content

Kerajaan telah bersetuju untuk mempertimbangkan pelepasan ikatan kontrak kepada pemegang-pemegang Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

Syarat bagi Pegawai Perubatan (Lantikan Kontrak)

Pegawai hendaklah telah menyelesaikan Latihan Siswazah serta Khidmat Wajib yang ditetapkan oleh KKM dan telah memperolehi Sijil Pendaftaran Penuh dari Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Syarat bagi Pegawai Farmasi (Lantikan Kontrak)

Pegawai hendaklah telah menyelesaikan Latihan Siswazah serta Khidmat Wajib yang ditetapkan oleh KKM dan telah memperolehi status Fully Registered Pharmacist (FRP) dari Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).

Syarat bagi Pegawai Pergigian (Lantikan Kontrak)

Pegawai hendaklah telah menyelesaikan Khidmat Wajib yang ditetapkan oleh KKM dan memperolehi Surat Pengesahan Selesai Khidmat Wajib dari Majlis Pergigian Malaysia (MDC).

Permohonan

DIBUKA SEPANJANG MASA DAN TIADA TARIKH TUTUP.

Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap di pautan berikut:-

Hubungi

Sila klik pautan dibawah untuk melihat Soalan Lazim mengenai permohonan ini.

Sekiranya mempunyai kemusykilan setelah merujuk Soalan Lazim yang disertakan, sila kemukakan kemusykilan tersebut ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..