Iklan permohonan program penajaan JPA akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang https://bmipenajaan.jpa.gov.my/
Pinjaman Boleh Ubah merujuk kepada bentuk penajaan secara pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar tajaan JPA bagi semua program penajaan di bawah JPA kecuali Program Dermasiswa B40.
Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:
- pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
- bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
- bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
- selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Student Assessment Centre merupakan kaedah pemilihan pelajar bagi calon-calon yang telah disenarai pendek. Kaedah tersebut mengandungi dua elemen utama, antaranya Latihan Dalam Kumpulan (LDK), temu duga atau apa-apa pendekatan yang dicadangkan mengikut kesesuaian. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Elaun (tertakluk kepada peringkat dan tempat pengajian bagi penentuan Kadar A, B atau C):
a. Elaun Sara Hidup;
b. Elaun Penginapan;
c. Elaun Buku;
d. Elaun Alat Perkakas;
e. Elaun Pakaian Panas;
f. Elaun Tesis (tertakluk kepada peringkat dan mod pengajian);
g. Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan / Posting Elektif;
h. Elaun Akhir Pengajian;
i. Elaun Perjalanan;
j. Elaun Penempatan;
k. Elaun Bantuan Sewa Rumah;
l. Elaun Bantuan Keluarga; dan
m. Elaun Penyelidikan.
Tuntuan elaun latihan amali boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan elaun latihan amali yang boleh didapati di HEP tempat pengajian atau di Portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my. Sila catatkan rujukan fail JPA (no. K/P) bagi memudahkan proses tuntutan ini.
Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas latihan amali tamat dilaksanakan (selewat-lewatnya 30 hari sebaik tamat tempoh latihan) dan sekiranya lewat melebihi tempoh yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara Jabatan ini.
Pelajar hanya dibenarkan berkahwin ketika dalam pengajian selepas mendapat kebenaran daripada pihak JPA. Syarat untuk diluluskan adalah pelajar mestilah tidak berkahwin dengan bukan warganegara, dipersetujui oleh penjamin dan keluarga dan mempunyai kedudukan akademik yang baik. Perkahwinan tanpa kebenaran pihak penaja boleh menyebabkan penajaan pelajar ditamatkan dan tuntutan gantirugi dikenakan ke atas pelajar. Borang Nikah Kawin boleh didapati di laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my
Pelajar yang ingin mengikuti program mobiliti berbentuk akademik (mempunyai pindahan jam kredit) biasiswa dibayar dengan kadar dalam negara / negara pengajian asal sahaja bagi semester berkenaan. Pelajar dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti insurans keselamatan dan sebagainya. Sebarang pelanjutan adalah dengan tanggungan pelajar sendiri. Bagi program bukan berbentuk akademik, pelajar diberi penangguhan penajaan dan sekiranya pengajian pelajar memerlukan pelanjutan, pelajar perlu menanggung sendiri kos pelanjutan terbabit. Pelajar perlu mengemukakan permohonan mengikuti program tersebut dalam tempoh 30 hari sebelum program tersebut berjalan kepada:
a. Pelajar dalam negara dipanjangkan kepada email Unit Pembangunan LSP Dalam Negara di
b. pelajar luar negara dipanjang kepada Pejabat Penasihat dan Latihan di negara pengajian.
Borang Program Mobiliti boleh didapati di laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my
Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke Jabatan ini.
Tiada sebarang pertukaran kursus dibenarkan melainkan atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan sekiranya mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan diteruskan untuk kursus yang baru. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas pelajar mungkin akan ditamatkan. Sekiranya pelajar tajaan ingin bertukar kursus, pelajar perlu kemukakan surat rasmi kepada Jabatan ini memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus.
Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar adalah bertanggungjawab dalam urusan penamatan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain.
a. Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan;
b. Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH);
c. Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi;
d. Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi;
e. Semakan Status Senarai Hitam;
f. Lapor Diri Atas Talian;
g. Permohonan Penangguhan Kontrak;
Pelajar perlu mengisi borang pindaan tempoh yang boleh didapati di laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my dan kes pelajar akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa untuk pertimbangan.
a. http://myself.jpa.gov.my;
b. Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan);
c. Log-in, klik pada tab Pengajian
d. Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan;
e. Lampirkan dokumen sokongan berikut:
i. Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat Tamat Belajar;
ii. Salinan transkrip peperiksaan; dan
iii. Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
a. Pelajar perlu memohon melalui Sistem MySELF.
b. Boleh rujuk soalan lazim seperti di bawah untuk memberi lebih kefahaman sebelum memohon penangguhan balik bagi tujuan bekerja di luar negara.
Kenaikan Elaun Sara Hidup
A. Kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan JPA Dalam dan Luar Negara (kecuali pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom)
Kenaikan Elaun Sara Hidup
Kadar baharu berkuatkuasa mulai 1 Julai 2023.
43,595 pelajar di peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara (Latihan Sebelum Perkhidmatan).
Dalam Negara | Luar Negara |
---|---|
+RM 100 | + 15% |
Dalam Negara | Kadar Luar Negara | |||
---|---|---|---|---|
UK | Amerika | Lain-Lain | ||
Lama | A & B | A & B | A, B & C | Tiada Perubahan |
Baharu | A Sahaja | A Sahaja | A & B Sahaja | Tiada Perubahan |
Kenaikan ini tidak termasuk pegawai tajaan JPA di bawah Program Latihan Dalam Perkhidmatan.
Kenaikan Elaun Sara Hidup
B. Kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Ijazah Pertama Tajaan JPA di United Kingdom
Kenaikan Elaun Sara Hidup
Telah dinaikkan pada 7 November 2022.
Lama | Baharu |
---|---|
GBP 1,045(RM 6,069) | GBP 1,300(RM 7,549) |
MODEL BAHARU PENAJAAN (PBU AKADEMIK)
UMUM
MODEL BAHARU PENAJAAN (PBU AKADEMIK)
UMUM
Bentuk penajaan secara pinjaman boleh ubah yang ditawarkan kepada pelajar. Pengurangan atau pengecualian bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan pencapaian akademik akhir atau berkhidmat dengan sektor awam.
Peringkat pengajian yang ditaja adalah Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.
“Setara” bermaksud gred yang ditentukan berdasarkan penyetaraan JPA bagi institusi yang tidak mengguna pakai sistem penggredan PNGK. Kebanyakan institusi yang terlibat adalah institusi di luar negara yang mengguna pakai sistem penggredan yang pelbagai, dan juga beberapa institusi dalam negara. Penyetaraan penggredan ini diwujudkan dan dilaksanakan oleh JPA bagi urusan penajaan sahaja dan bukan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam atau lain-lain.
Pelajar yang akan ditaja untuk mengikuti pengajian di institusi terlibat akan dimaklumkan mengenai penyetaraan gred ini dalam surat tawaran.
Sektor Awam adalah merujuk kepada Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan, Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, dan Kerajaan Tempatan.
Dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dalam apa-apa skim perkhidmatan dalam Sektor Awam yang mengguna pakai kelayakan masuk sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Contoh jawatan adalah seperti Pegawai Tadbir Gred N9, Penguasa Imigresen Gred KP9, Eksekutif Hasil E1 dan lain-lain seumpamanya.
Status pelantikan yang diterima adalah lantikan tetap atau lantikan kontrak.
Tidak, kerana tidak memenuhi syarat “dilantik berkhidmat dalam Sektor Awam dengan kelayakan setaraf” kerana pelantikan tersebut bukan pelantikan oleh PBM dan tidak termasuk dalam mana-mana skim perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Mulai 1 Jun 2025 dan terpakai secara automatik kepada semua pelajar tajaan baharu.
PBU Akademik. Pelajar yang ditawarkan penajaan bagi program-program penajaan Latihan Sebelum Perkhidmatan JPA mulai 1 Jun 2025 adalah mengguna pakai model PBU Akademik, kecuali Program Dermasiswa B40.
PELAJAR TAJAAN SELAIN BIDANG KRITIKAL
PELAJAR TAJAAN SELAIN BIDANG KRITIKAL
- bayaran balik sebanyak 5% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar tamat jaya pengajian tanpa pelanjutan dan mendapat PNGK akhir 3.75 hingga 4.00 atau setara.
- bayaran balik sebanyak 10% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar tamat jaya pengajian tanpa pelanjutan dan mendapat PNGK akhir 3.50 hingga 3.74 atau setara.
- bayaran balik sebanyak 15% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar tamat jaya pengajian tanpa pelanjutan dan mendapat PNGK akhir 3.00 hingga 3.49 atau setara.
- bayaran balik sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar tamat jaya pengajian dengan pelanjutan dan mendapat PNGK akhir sekurang-kurangnya 3.00 atau setara.
- bayaran balik sebanyak 100% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar mendapat PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau Gagal pengajian.
- dikecualikan bayaran balik baki nilai pinjaman sekiranya pelajar tamat jaya pengajian dan dilantik dalam Sektor Awam dengan kelayakan yang setaraf.
- Kemudahan ini turut terpakai kepada pelajar Ijazah Lanjutan yang pencapaian akademik ditentukan berdasarkan PNGK.
- bayaran balik sebanyak 10% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar Sarjana Penyelidikan/ PhD tamat pengajian dengan jaya tanpa pelanjutan dan Lulus pengajian;
- bayaran balik sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar Sarjana Penyelidikan/ PhD tamat pengajian dengan jaya dengan pelanjutan dan Lulus pengajian;
- bayaran balik sebanyak 100% daripada jumlah pinjaman sekiranya pelajar mendapat PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau Gagal pengajian.
- dikecualikan bayaran balik baki nilai pinjaman sekiranya pelajar tamat jaya pengajian dan dilantik dalam Sektor Awam dengan kelayakan yang setaraf.
Dua kali.
Kali pertama, kemudahan pengurangan bayaran balik akan diberikan berdasarkan pencapaian akhir akademik pelajar.
Kali kedua sekiranya selepas itu pelajar dilantik berkhidmat dalam Sektor Awam dengan kelayakan setaraf, pelajar boleh memohon untuk dikecualikan bayaran balik atas baki nilai pinjaman.
PELAJAR BIDANG KRITIKAL (PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI)
PELAJAR BIDANG KRITIKAL (PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI)
Pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi layak diberikan pengecualian penuh bayaran balik pinjaman sekiranya tamat jaya pengajian (dengan atau tanpa pelanjutan) dan memenuhi ikatan kontrak berkhidmat dalam Sektor Awam.
Pelajar tiga bidang ini yang mendapat PNGK akhir di bawah 3.00/setara atau Gagal pengajian atau gagal memenuhi tempoh ikatan kontrak berkhidmat dengan Sektor Awam, perlu membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman dan tiada sebarang pengurangan diberikan serta tidak lagi terikat untuk melaksanakan ikatan kontrak berkhidmat dengan Sektor Awam.
Pengurangan bayaran balik pinjaman berdasarkan prestasi akademik tidak terpakai kepada pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Tujuan utama JPA menaja pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah model PBU Akademik adalah untuk menyediakan guna tenaga yang diperlukan dalam ketiga-tiga bidang ini di sektor awam. Ketiga-tiga bidang ini merupakan bidang kritikal yang memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Tempoh ikatan kontrak berkhidmat dengan Sektor Awam ditetapkan seperti berikut:
Perubatan : 5 tahun (Latihan Siswazah & Khidmat Wajib)
Pergigian : 3 tahun (Khidmat Wajib)
Farmasi : 3 tahun (Latihan Provisional & Khidmat Wajib)
Tempoh ikatan kontrak yang ditetapkan perlu dilengkapkan sepenuhnya secara berterusan (tanpa terputus).
Tidak. Pelajar pergigian dan farmasi yang tamat jaya pengajian dan melaksanakan latihan siswazah/khidmat wajib di fasiliti swasta dikira melanggar syarat penajaan dan perlu membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Pelajar dianggap melanggar syarat penajaan dan perlu membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Tempoh ikatan kontrak berkhidmat yang ditetapkan semasa perjanjian ditandatangani adalah kekal dan tidak berubah walaupun pelajar tamat pengajian lebih awal atau tamat pengajian dengan pelanjutan.
PELAJAR PBU 2016 (TELAH TAMAT PENGAJIAN)
UMUM - YANG LAYAK MEMILIH OPSYEN
UMUM - YANG LAYAK MEMILIH OPSYEN
Kemudahan pengecualian/ pengurangan di bawah PBU Merit Tempat Berkhidmat adalah berdasarkan sektor pekerjaan pelajar. Bagi PBU Akademik, kemudahan pengurangan bayaran balik adalah berdasarkan prestasi akademik, manakala pengecualian bayaran balik pula diberikan berdasarkan perkhidmatan dalam Sektor Awam.
Anda LAYAK memohon jika anda tergolong dalam salah satu kategori berikut:
- Masih dalam tempoh pengajian;
- Sedang membuat bayaran balik pinjaman; atau
- Sedang menunaikan ikatan kontrak berkhidmat.
Namun, anda TIDAK LAYAK memohon jika:
- Telah selesai membuat bayaran balik PBU 2016; atau
- Penajaan anda telah ditamatkan disebabkan pelanggaran syarat-syarat perjanjian PBU 2016.
Kemudahan bayaran balik akan diberikan secara berasingan (bukan sekaligus).
Sebagai contoh, sekiranya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda pelajar mendapat PNGK 3.20 tanpa pelanjutan, maka pelajar perlu membayar balik 15% daripada nilai pinjaman yang diterima di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Manakala di peringkat Ijazah Sarjana pula pelajar mendapat PNGK 3.10 dengan pelanjutan, maka pelajar perlu membayar balik 20% daripada nilai pinjaman yang diterima di peringkat Ijazah Sarjana.
Tidak. Pelajar tidak dibenarkan menangguhkan bayaran balik pinjaman sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan masih perlu membayar balik pinjaman. Namun begitu, pelajar boleh memohon penjadualan semula bayaran secara ansuran bulanan.
Anda perlu:
- Tamat pengajian dengan jayanya (sama ada tanpa atau dengan pelanjutan); dan
- Menunaikan ikatan kontrak berkhidmat dalam Sektor Awam secara berterusan mengikut tempoh berikut:
Perubatan: 5 tahun (latihan siswazah & khidmat wajib)
Pergigian: 3 tahun (khidmat wajib)
Farmasi: 3 tahun (latihan provisional & khidmat wajib)
Tidak. Tempoh ikatan kontrak yang ditetapkan perlu dilengkapkan sepenuhnya secara berterusan (tanpa terputus) bagi melayakkan pelajar menikmati kemudahan pengecualian penuh bayaran balik.
Ya, tempoh berkhidmat selama 4 tahun tersebut diambil kira dan pelajar perlu menyelesaikan baki ikatan kontrak berkhidmat selama 1 tahun.
OPSYEN / PERJANJIAN
OPSYEN / PERJANJIAN
Penawaran opsyen akan bermula pada 1 Januari 2026. Sila rujuk maklumat terkini dari semasa ke semasa di laman sesawang https://penajaan.jpa.gov.my/
Tidak. Pelajar yang tidak mengembalikan borang opsyen dalam tempoh masa yang ditetapkan dianggap telah menolak opsyen.
Bagi pelajar yang tidak berkeupayaan untuk membuat permohonan dan memuktamadkan opsyen atas sebab-sebab munasabah seperti sakit, tidak sedarkan diri, koma atau apa-apa keadaan seumpamanya dalam tempoh opsyen, maka permohonan opsyen boleh dibuat pada bila-bila masa setelah pelajar kembali berupaya untuk berbuat demikian, tertakluk kepada penajaan atau perjanjian pelajar masih berkuat kuasa.
(Pelajar wajib mengemukakan Laporan Pakar Perubatan bagi tujuan pengesahan).
Ya, pelajar perlu memohon opsyen bagi penajaan setiap peringkat pengajian dan menandatangani dua dokumen perjanjian yang berbeza.
Tidak. Opsyen penukaran model ialah daripada PBU Merit Tempat Berkhidmat kepada PBU Akademik sahaja.
Ya. Penjamin juga perlu menandatangani perjanjian baharu bagi opsyen yang dimohon, sekiranya diluluskan.
Ya. Terdapat bayaran duti setem yang perlu dijelaskan sekiranya menerima opsyen PBU Akademik. Kaedah pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui portal penajaan JPA.
KUTIPAN/ BAYARAN BALIK PINJAMAN
KUTIPAN/ BAYARAN BALIK PINJAMAN
Sila rujuk portal MySELF untuk semakan baki nilai pinjaman / tunggakan dan pastikan tiada tunggakan bayaran.
Pelajar perlu memohon opsyen PBU Akademik dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sila layari portal penajaan JPA dari semasa ke semasa.
Sila rujuk laman sesawang https://penajaan.jpa.gov.my/ dari semasa ke semasa.
Pelajar masih perlu melangsaikan jumlah tunggakan berdasarkan nilai tunggakan terkini.
Sebagai contoh, Nilai Pinjaman Asal di bawah PBU 2016 adalah sebanyak RM50,000.00 dan bayaran tertunggak pada 1 Jun 2025 adalah sebanyak RM3,000.00. Pelajar berjaya mendapat PNGK 3.77 di akhir pengajian, maka jumlah setelah diskaun berdasarkan PBU Akademik adalah RM2,500.00.
Pelajar perlu melangsaikan tunggakan RM3,000.00 tersebut sebelum layak dipertimbangkan untuk penukaran opsyen kepada PBU Akademik. Dalam kes ini, lebihan bayaran tidak berlaku memandangkan tunggakan tersebut adalah di bawah model PBU 2016 dan PBU Akademik hanya berkuat kuasa mulai 1 Jun 2025.
Ya, pelajar perlu memohon opsyen bagi penajaan setiap peringkat pengajian dan menandatangani dua dokumen perjanjian yang berbeza.
Tidak. Opsyen penukaran model ialah daripada PBU Merit Tempat Berkhidmat kepada PBU Akademik sahaja.
Ya. Penjamin juga perlu menandatangani perjanjian baharu bagi opsyen yang dimohon, sekiranya diluluskan.
Ya. Terdapat bayaran duti setem yang perlu dijelaskan sekiranya menerima opsyen PBU Akademik. Kaedah pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui portal penajaan JPA.
PELAJAR PBU 2016 (MASIH DALAM PENGAJIAN)
UMUM
UMUM
Mengikut kategori pelanjutan iaitu boleh dipertimbangkan kemudahan bayaran balik sebanyak 20% daripada jumlah pinjaman.
Pelajar yang menyertai Program Mobiliti dengan kelulusan JPA yang menyebabkan pertambahan tempoh pengajian tidak dikelaskan di bawah kategori pelanjutan, sebaliknya pelajar perlu memohon pindaan tempoh penajaan bagi melayakkan pelajar menikmati kemudahan pengurangan/ pengecualian bayaran balik di bawah PBU Akademik.
Sekiranya masalah kesihatan pelajar menyebabkan perubahan kepada tempoh pengajian yang ditaja, pelajar perlu memohon pindaan tempoh pengajian untuk melayakkan pelajar menikmati kemudahan pengurangan/ pengecualian bayaran balik di bawah PBU Akademik.
LAPOR DIRI
Pelajar dikehendaki melaporkan diri melalui sistem MySELF dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajian sama ada dengan jayanya atau tidak.
Kaedah lapor diri adalah secara dalam talian, seperti berikut:
- Taiphttps://myself.jpa.gov.my/
- Log masuk, Klik pada tab Pengajian
- Klik pada sub-navigasi Lapor Diri Tamat Pengajian
- Isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah:
- Salinan Transkrip Penuh;
- Salinan sijil/ skrol Sarjana Muda / Sarjana / Ijazah kedoktoran atau surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian;
- Bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi: Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik dan pendaftaran dengan Badan Profesional berkaitan.
Lengkap lapor diri bermaksud pihak JPA telah mengesahkan semua dokumen yang dikemukakan melalui kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan, dan status Pengajian yang dipaparkan dalam sistem MySELF adalah ‘TAMAT PENGAJIAN DENGAN JAYA’.
Urusan lapor diri belum lengkap dan memerlukan tindakan lanjut yang disebabkan oleh:
- Dokumen tidak dimuat naik dengan lengkap/ dokumen melebihi saiz muat naik yang dibenarkan;
- Fail korup atau tidak boleh dibuka; dan/ atau
- Dokumen dan maklumat lapor diri memerlukan semakan lanjut sebelum disahkan oleh JPA.
Gagal Lapor Diri bermaksud pelajar tidak pernah melapor diri kepada JPA walaupun telah tamat pengajian, dan dianggap melanggar syarat perjanjian.
SISTEM
PELAJAR BAHARU
Nilai duti setem akan ditolak melalui Elaun Sara Hidup (ESH) yang akan diterima oleh pelajar.
Ya. Dokumen perjanjian ditandatangani secara digital melalui sistem ePROMISE.
Tidak. Perjanjian hanya perlu ditandatangan secara digital melalui sistem ePROMISE.
Tidak. Walau bagaimanapun, pelajar dinasihatkan untuk memuat turun dan menyimpan perjanjian yang telah lengkap ditandatangan sebagai rujukan.
E-mel pengaktifan akan dihantar secara automatik kepada e-mel yang didaftarkan selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pelajar dikehendaki menyemak ruangan e-mel “Spam” atau “Junk Mail” sekiranya masih tidak menerima e-mel dalam tempoh 5 minit.
Sekiranya pelajar tidak menerima e-mel pengaktifan, pelajar boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama untuk memohon e-mel pengaktifan semula. Sila hubungi Pentadbir Sistem melalui emel (
Sila pastikan pelajar/ penjamin berada di ruangan yang mempunyai pencahayaan yang baik bagi memudahkan proses verifikasi wajah. Sekiranya masih gagal setelah tiga kali percubaan, pengesahan secara manual akan dilaksanakan dan proses kelulusan akan mengambil masa 3 - 5 hari bekerja. Sila hubungi Pentadbir Sistem melalui emel (
Ya. Pelajar dan penjamin perlu mendaftar secara berasingan.
Sistem ePROMISE hanya boleh diakses dalam tempoh 90 hari sahaja selepas akaun yang didaftarkan diaktifkan.
Tempoh masa untuk pegawai Kerajaan menandatangani perjanjian adalah minimum 1 bulan dari tarikh pelajar dan penjamin lengkap menandatangani perjanjian tanpa sebarang kesilapan maklumat. E-mel notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar untuk memaklumkan perjanjian telah lengkap ditandatangan.