Skip to main content

Pelawaan Permohonan Program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2024

Sukacita Jabatan ini ingin mempelawa pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuklah Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan saraan sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan) yang berminat dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) 2024 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara separuh masa. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9 Oktober 2024 hingga 1 November 2024. Sila rujuk dokumen berkaitan dan pautan permohonan seperti di bawah;

Notis Iklan HLPSB 2024
Lampiran 1- Syarat Permohonan HLPSB
Lampiran 2- Kemudahan dan Ikatan Kontrak Berkhidmat
Lampiran 3 - Senarai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
Lampiran 4 - Senarai Bidang Pengajian
Lampiran 5 - Borang Pengakuan dan Pemeriksaan Kesihatan JPA
Lampiran A - Tatacara Permohonan HLPSB
Lampiran B - Borang PPSM
Lampiran C - Borang Maklumat Ringkas Pengajian Universiti
Lampiran D - Panduan Penyusunan Dokumen Permohonan HLPSB
Pautan Permohonan Dalam Talian