Skip to main content

A. Soalan Umum

1. Bagaimana semakan baki pinjaman / ganti rugi boleh dibuat?

Peminjam boleh menyemak baki pinjaman / ganti rugi melalui:

i. Portal MySELF https://myself.jpa.gov.my/ - Klik pada tab Bayaran Balik, sub-navigasi Overview

2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan alamat/ maklumat perkhidmatan/ maklumat perhubungan?

Peminjam boleh mengemaskini sendiri profil peribadi dan maklumat perkhidmatan melalui portal MySELF - https://myself.jpa.gov.my

3. Bagaimanakah cara untuk reset kata laluan MySELF?

Permohonan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

4. Apakah maklumat yang perlu disediakan untuk semakan maklumat status bayaran balik?

Penama dikehendaki menyediakan maklumat nama (seperti di dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor telefon yang boleh dihubungi setiap kali berhubung dengan Jabatan ini.

5. Apakah nombor Akaun dan nombor bil untuk membuat bayaran balik?

Maklumat nombor Akaun dan nombor bil boleh merujuk surat tuntutan JPA/ menyemak melalui portal MySELF - https://myself.jpa.gov.my/ . Maklumat nombor Akaun dan nombor bil bagi setiap individu adalah berbeza.

6. Bagaimanakah kaedah bayaran balik pinjaman pelajaran/ ganti rugi Biasiswa Persekutuan?

A. Secara Atas talian
a. Maybank2u;
b. Cimbclicks;
c. Bank Islam Internet Banking;
d. Bank Muamalat Internet Banking;
e. Selain daripada senarai di atas, boleh menggunakan transaksi FPX di Pos Online.

B. Kaunter Pejabat Pos Berkomputer

C. Bank Draf/ Kiriman Wang/ Wang Pos (cek persendirian tidak diterima)
Catatan: Sila pastikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dicatatkan di belakang dokumen tersebut.

D. Standing Instruction/ Arahan Tetap Bank
Catatan: Sila berurusan dengan pihak bank masing-masing

E. Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Catatan: Permohonan boleh dikemukakan kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Mohon nyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini.

F. Melalui potongan gaji
Catatan: Penama perlu mengisi borang yang berkaitan yang boleh dimuat turun daripada portal MySELF dan mengemukakan borang tersebut kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti rugi melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

7. Sekiranya saya membuat bayaran secara atas talian, saluran bayaran manakah yang perlu dipilih:

Saluran bayaran (MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM)

JENIS TAJAAN SALURAN BAYARAN
Ganti rugi(Biasiswa) Jabatan Perkhidmatan Awam - Ganti Rugi Biasiswa
Ganti Rugi PBU(Pinjaman 2016 dan ke atas) Jabatan Perkhidmatan Awam - Ganti Rugi PBU
Pinjaman(Pinjaman 2015 dan ke bawah) Jabatan Perkhidmatan Awam - Pinjaman 1987 - 2015
Pinjaman PBU(Pinjaman 2016 dan ke atas) Jabatan Perkhidmatan Awam  Pinjaman Mulai 2016

Saluran bayaran (POS ONLINE)

JENIS TAJAAN SALURAN BAYARAN
Ganti rugi(Biasiswa) & Ganti Rugi PBU(Pinjaman 2016 dan ke atas) Jabatan Perkhidmatan Awam - Tuntutan ganti rugi
Pinjaman(Pinjaman 2015 dan ke bawah 2016) & Pinjaman 2016 dan ke atas) Jabatan Perkhidmatan Awam - Pinjaman Pelajaran
8. Rekod bayaran yang dipaparkan di MySELF berbeza dengan rekod simpanan saya, apakah yang perlu saya lakukan?

Penama boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. beserta bukti transaksi untuk semakan lanjut.

9. Saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman/ ganti rugi dan bagaimana cara untuk saya mendapatkan bukti penyelesaian bayaran?

Penama boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengesahan selesai bayaran kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

10. Saya telah terlebih membuat bayaran balik pinjaman/ ganti rugi dan bagaimana cara untuk saya mendapatkan semula lebihan bayaran tersebut?

Penama perlu mengisi borang yang berkaitan yang boleh dimuat turun daripada portal MySELF dan mengemukakan borang tersebut kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui pos atau serahan tangan.

11. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman/ ganti rugi, tetapi potongan gaji bulanan masih berjalan?

Penama boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. beserta bukti slip gaji bulan yang berkenaan untuk semakan lanjut.

12. Sekiranya penjamin saya telah meninggal dunia, apakah yang perlu saya lakukan?

Boleh, penama boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan mengemukakan salinan Sijil Kematian penjamin berkenaan.

13. Nama saya telah disenaraihitam oleh JPA. Apakah yang harus saya lakukan?

Penama perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan bagi membolehkan nama dikeluarkan dari senarai hitam dengan serta merta.

Bagi penama yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan, penama akan dikeluarkan dari senarai hitam sekiranya:

i. bersetuju menjelaskan bayaran pendahuluan bersamaan satu bulan ansuran dan membuat bayaran secara teratur melalui:
a. Potongan gaji; atau
b. Arahan Tetap kepada bank (Standing Instruction).
(Nama peminjam akan dikeluarkan setelah bayaran bulan pertama dikreditkan ke dalam penyata akaun)
ii. Bersetuju membuat bayaran pendahuluan sebanyak ¼ daripada jumlah tunggakan dan membuat bayaran secara tetap pada setiap bulan, sehingga selesai secara atas talian / tunai / kaedah bayaran lain.

Nama peminjam akan dikeluarkan setelah bayaran bagi enam (6) bulan dikreditkan ke dalam penyata akaun berturut-turut tanpa gagal / tertunggak

Salinan transaksi pembayaran tersebut perlu di emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

14. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap penama yang ingkar menjelaskan bayaran?

Bagi penama yang ingkar dan gagal mematuhi arahan bayaran balik pinjaman pelajaran / tuntutan ganti rugi, kes penama akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang.

15. Kes saya telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (JPN). Apakah yang harus saya lakukan?

Untuk pertanyaan berhubung status kes / kaedah bayaran, sila hubungi pegawai rujukan yang dinyatakan dalam surat JPN atau boleh menghubungi pihak JPN di talian:

i. JPN Kuala Lumpur: 03-20825200
ii. JPN Putrajaya: 03-88722000

16. Nama saya telah disenarai hitam oleh CTOS, Apakah yang harus saya lakukan?

Untuk persoalan lanjut berkaitan senarai hitam CTOS boleh hubungi pihak CTOS kerana JPA tidak pernah mengemukakan senarai penama kepada pihak CTOS untuk tujuan disenarai hitam. Penama boleh menghubungi pihak CTOS di talian 03-2722 8833 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

B. Soalan Berkaitan Pinjaman Pelajaran Persekutuan

1. Siapakah yang dikehendaki membayar balik Pinjaman Pelajaran JPA?

i. Peminjam tajaan Pinjaman Pelajaran Persekutuan JPA
ii. Bayaran balik hendaklah dijelaskan selepas menerima notis tuntutan daripada JPA

2. Apakah kemudahan bayaran balik pinjaman pelajaran yang boleh dimohon oleh peminjam?

Kemudahan bayaran balik Pinjaman Pelajaran JPA yang boleh dimohon berdasarkan tahun penajaan adalah seperti berikut:

2.1 Kemudahan Diskaun

i. Penajaan Tahun 2015 dan ke bawah

PERKARA SKIM PINJAMAN BIASA(PB) SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH(PBU)
Kriteria Peminjam dikehendaki membayar balik secara keseluruhan iaitu jumlah pinjaman yang telah diterima di sepanjang pengajian, sebaik sahaja tamat pengajian mereka. Boleh dipertimbangkan kemudahan pemberian diskaun sebanyak 75%(daripada jumlah keseluruhan pinjaman)
Kemudahan diskaun Tiada kemudahan diskaun disediakan Kemudahan diskaun sebanyak 75% boleh diberikan sekiranya memenuhi syarat berikut:
  a. Dibiayai di bawah program Pinjaman Boleh Ubah;
  b. Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA 2.75 ke atas atau setaraf dengannya;
  c. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan; dan
  d. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama(kepujian)
Dokumen yang diperlukan:
Peminjam yang menepati semua syarat dan ingin memohon kemudahan perlu mengemukakan dokumen(yang disahkan), seperti berikut:
  a. Salinan Sijil Ijazah Universiti;
  b. Salinan transkrip akademik; dan
  c. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA.
Penghantaran permohonan Tidak berkaitan   a. Emel permohonan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
  b. Poskan ke alamat seperti berikut:
Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

ii. Penajaan tahun 2016 dan ke atas

PERKARA SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH TAHUN 2016(PBU 2016)
Kriteria Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut tempat berkhidmat dalam empat keadaan seperti berikut:
  a. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa - berkhidmat dengan kerajaan
  b. Bayaran balik sebanyak 25% - berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan(GLC)
  c. Bayaran balik sebanyak 50% - berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
  d. Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya tidak bekerja dan bekerja di luar negara.
Kemudahan diskaun Kemudahan pemberian diskaun akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
  a. Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ad di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
  b. Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian
Pengiraan tempoh berkhidmat sekiranya bertukar tempat berkhidmat Pengiraan tempoh berkhidmat adalah seperti berikut:
SEKTOR SEBELUM SEKTOR SELEPAS SPENGIRAAN TEMPOH BERKHIDMAT
Sektor Swasta Sektor Swasta Tempoh berkhidmt di kedua-dua syarikat boleh diambilkira.
Catatan:
i. Tempoh masa daripada pertukaran daripada Syarikat A ke Syarikat B mestilah dalam tempoh 6 bulan;
  ii. Kedua-dua syarikat mestilah berdaftar dengan SSM;
  iii. Dokumen-dokumen yang diperlukan di atas mestilah lengkap bagi kediadua syarikat tersebut.
Sektor Swasta Sektor GLC Tempoh berkhidmat di sektor swasta tidak diambilkira. Perlu memenuhi keseluruhan tempoh berkhidmat di Sektor GLC
Dokumen yang diperlukan Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon pertimbangan pengurangan bayaran balik setiap permohonan hendaklah diiringi dengan dokumen(yang disahkan), sepertu berikut:
  i. Surat Permohonan Pengurangan bayaran balik
  ii. Surat Pengesahan Majikan
  iii. Cabutan carian Syarikat dari SSM
  iv. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA

2.2 Kemudahan penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan

PERKARA PINJAMAN 2015 DAN KE BAWAH PBU 2016 DAN KEATAS
Kriteria Pegawai dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh memohon penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan Pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan
Syarat a. Pinjaman Tajaan Tahun 2001 dan ke bawah:
i. mengikuti pengajian bidang kritikal;
ii. sedang berkhidmat dengan Kerajaan;
iii. perlu menjelaskan tunggakan pinjaman yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan;
iv. menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.

b. Pinjaman Tajaan Tahun 2002 dan ke atas:
i. mengikuti pengajian bidang kritikal;
ii. sedang berkhidmatan dengan Kerajaan; dan
iii. menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.
a. Pelajar yang dilantik dalam Perkhimatan Awam boleh ditangguhkan bayaran balik pinjaman berkuatkuasa daripada tarikh lapor diri berkhidmat dengan Kerajaan;
b. Pelajar perlu menjelaskan tunggakan bayaran yang sepatutnya dibayar untuk tempoh sebelum pelajar dilantik dalam perkhidmatan awam.
Dokumen yang diperlukan a. Surat lantikan;
b. Surat penempatan; dan
c. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan
Penghantaran permohonan E-mel permohonan yangf lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau poskan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
Pelepasan ikatan kontrak berkhidmat Pegawai hanya dilepaskan daripada ikatan berkhidmat dengan kerajaan setelah memenuhi tempoh berkhidmat selama 10 tahun.

Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pelepasan ikatan kontrak kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pegawai hanya dilepaskan daripada ikatan kontrak berkhidmat setelah memenuhi tempoh berkhidmat yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Pinjaman.

Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pelepasan ikatan kontrak kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pelanggaran kontrak Membayar balik jumlah pinjaman secara propotionate setelah mengambil kira tempoh pegawai berkhidmat. Membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman.

2.3 Kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman

PERKARA PINJAMAN 2015 DAN KE BAWAH & PBU 2016 DAN KEATAS
Kriteria dan syarat Penangguhan bayaran balik pinjaman boleh dipertimbangkan dalam hal-hal berikut:
  i. tamat pengajian dan masih belum bekerja(6 bulan selepas tamat pengajian);
  ii. mengikuti latihan atau kursus
     - kursus latihan berkaitan perguruan lepasan ijazah/diploma pendidikan
     - latihan guaman di firma guaman
     - latihan kadet polis/ ASP/ Inspektor
  iii. melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi;
  iv. masalah kesihatan yang kronik
Dokumen yang diperlukan   i. Surat permohonan
  ii. Surat tawaran latihan/ kursus/ pengajia ke peringkat lebih tinggi yang jelas menyatakan tarikh mula dan jangkaan tamat latihan/ kursus/ pengajian (mana yang berkaitan)
  iii. Laporan kesihatan (sekiranya berkaitan)
Penghantaran permomhonan E-mel permohonan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau poskan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
3. Sekiranya saya telah diluluskan penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan, kemudian saya meletakkan jawatan untuk berkhidmat di Sektor Swasta/GLC, adakah saya masih layak memohon kemudahan diskaun?

Tidak layak kerana penama telah menerima kemudahan penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan sebelum ini. Bagi peminjam di bawah pinjaman PBU 2016 dan ke atas, penama dikehendaki membuat bayaran balik keseluruhan pinjaman kerana telah melanggar ikatan kontrak.

Manakala bagi peminjam 2015 dan ke bawah, jumlah bayaran balik adalah secara propotionate setelah mengambil kira tempoh pegawai berkhidmat.

5. Saya telah dilantik sebagai penjawat awam setelah setahun saya membuat bayaran balik pinjaman. Adakah jumlah bayaran balik tersebut akan dibuat pulangan semula kerana peminjam yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam akan diberi pengecualian bayaran balik sepenuhnya?

Jumlah bayaran balik pinjaman yang telah dibuat sebelum dilantik dalam Perkhidmatan Awam tidak akan dibuat pulangan semula namun, ia akan dikontrakan dengan tempoh berkhidmat yang perlu dipenuhi sebelum dilepaskan ikatan kontrak.

6. Saya kini sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Mengapa surat tuntutan yang saya terima menyatakan bahawa saya perlu membayar balik pinjaman 100% daripada nilai pinjaman? Berdasarkan perjanjian pinjaman telah menyatakan peminjam yang berkhidmat dengan Kerajaan akan diberi pengecualian balik pinjaman.

Setiap kemudahan yang disediakan adalah berdasarkan permohonan daripada peminjam dan bukan diberi secara automatik kepada peminjam. Dalam hal ini, semua peminjam perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan dengan mengemukakan permohonan bagi setiap kemudahan yang diperlukan kepada pihak JPA untuk pertimbangan selanjutnya.

9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang peminjam itu mempunyai kekangan dalam membuat bayaran balik?

Peminjam boleh mengemukakan permohonan penjadualan semula (reschedule) kadar ansuran bulanan sama ada secara pos atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan.

C. Soalan Berkaitan Bayaran Balik Tuntutan Ganti Rugi

1. Siapakah yang dikehendaki membayar balik tuntutan ganti rugi?

Pegawai / Pelajar tajaan Biasiswa Persekutuan/ Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Skim Pinjaman Boleh Ubah mulai tahun 2016 yang telah ditamatkan penajaan atau melanggar mana-mana syarat perjanjian.

2. Berapakah jumlah tuntutan ganti rugi yang akan dikenakan ke atas saya sekiranya saya melanggar syarat perjanjian/ tidak memenuhi terma perjanjan?

Jumlah tuntutan ganti rugi adalah berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani atau sebarang kelulusan pelanjutan penajaan.

3. Bilakah tempoh masa untuk menjelaskan tuntutan ganti rugi?

Tuntutan ganti rugi hendaklah diselesaikan dalam tempoh 25 HARI (perjanjian Pinjaman Pelajaran Persekutuan mulai tahun 2016) atau 60 HARI (perjanjian Biasiswa Persekutuan) daripada tarikh Notis dikeluarkan (tempoh bayaran balik adalah tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangani).

4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya mempunyai kekangan untuk menjelaskan keseluruhan ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan?

Penama boleh mengemukakan permohonan untuk membuat bayaran secara ansuran. Permohonan boleh dikemukakan kepada unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi sama ada secara pos atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan.