Skip to main content
1. Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA menggunakan sistem ePermohonan?

Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang 'Daftar' di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

2. Saya telah terlupa kata laluan.

Pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama dan masukkan nombor kad pengenalan bagi tujuan menetapkan semula kata laluan. Sila hubungi Pentadbir Sistem (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sekiranya terdapat sebarang masalah.

3. Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula. Sila hubungi Pentadbir Sistem (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sekiranya terdapat sebarang masalah.

4. Saya telah tersilap mendaftarkan nombor kad pengenalan. Bagaimana saya ingin membetulkan semula maklumat tersebut?

Pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama dan pilih masalah “Saya tersilap mendaftar No Kad Pengenalan”. Kemudian, masukkan maklumat seperti diminta bagi tujuan pengemaskinian nombor kad pengenalan. Sila hubungi Pentadbir Sistem (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sekiranya terdapat sebarang masalah.

5. Mengapa saya tidak dapat log masuk ke dalam ePenawaran?

Sistem ePenawaran hanya untuk digunakan oleh pelajar yang telah berjaya ditawarkan penajaan JPA sahaja. Pelajar yang telah berjaya ditawarkan akan dimaklumkan melalui pemakluman di laman web eSILAV2 (http://esilav2.jpa.gov.my/). Sekiranya pelajar telah dimaklumkan berjaya menerima penajaan dan telah memasukkan kata laluan yang betul tetapi masih gagal untuk log masuk ke dalam sistem, sila hubungi Pentadbir Sistem (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.). Bagi tujuan permohonan penajaan JPA, sila semak laman web JPA atau eSILA-Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan  dari semasa ke semasa untuk perkembangan lanjut.

6. Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa rekod pelajar/pegawai tidak wujud.

Sistem MySELF hanya boleh diakses oleh pelajar atau pegawai tajaan JPA yang mendapat tajaan penuh di bidang Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD sahaja. Bagi pelajar/pegawai yang baru ditaja, Sistem MySELF boleh diakses dalam tempoh 30 hari selepas pelajar mendapat bayaran yuran atau elaun kali pertama. Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama, penetapan kata laluan lama perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID. Penetapan adalah melalui tab Bantuan, sub-navigasi Pendaftaran Kad Pengenalan Lama.

7. Saya mempunyai tajaan menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi saya tidak menetapkan kad pengenalan tersebut semasa mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID, penetapan adalah melalui tab Bantuan, sub-navigasi Pendaftaran Kad Pengenalan Lama.

8. Saya perlu melaporkan diri kepada JPA setelah tamat pengajian. Apa perlu saya lakukan?

Hanya pelajar tajaan JPA sebelum perkhidmatan sahaja dikehendaki melaporkan diri melalui MYSELF dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajian sama ada dengan jayanya atau tidak.
Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web berikut:

a. Taip https://myself.jpa.gov.my/
b. Log-in, Klik pada tab Pengajian
c. Klik pada sub-navigasi Lapor Diri Tamat Pengajian
d. Isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengisi permohonan Lapor Diri Tamat Pengajian secara online adalah:

a. Salinan Diploma/Ijazah/Masters/PhD;
b. Salinan Transkrip Peperiksaan;
c. Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (www.spa.gov.my) (Pemegang biasiswa JPA (selain bidang perubatan, pergigian dan farmasi) dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan mengikut kelulusan akademik yang terkini).