Skip to main content
1. Apakah syarat-syarat yang patut dipatuhi bagi Pemindahan Ikatan Kontrak Berkhidmat?

a. Ikatan kontrak berkhidmat hanya boleh dipindahkan ke Badan-Badan Berkanun Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan sahaja dan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
b. Status jawatan yang ditawarkan oleh Badan-Badan Berkanun Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan adalah berstatus tetap sahaja.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon Pemindahan Ikatan Kontrak Berkhidmat?

Pelajar/pegawai perlu melengkapkan Borang JPA/BMI/JANJI/J1 yang boleh dimuat turunĀ  melalui http://esilav2.jpa.gov.my dan memberikan salinan buku perkhidmatan yang lengkap dikemaskini, salinan surat tawaran Badan-badan Berkanun/ Universiti-Universiti tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan, salinan buku perkhidmatan di Badan-badan Berkanun/ Universiti-Universiti tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan. Borang dan dokumen sokongan yang lengkap perlu dikemukakan secara emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau pos ke alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.

3. Bagaimanakah penamatan akibat pelanggaran terma perjanjian iaitu meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh ikatan kontrak dibuat?

Pelajar yang sedang berkhidmat di mana-mana badan yang dipersetujui oleh kerajaan perlu berkhidmat mengikut tempoh yang telah dipersetujui di dalam perjanjian yang ditandatangani. Sekiranya, pelajar meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh berkenaan, tindakan tuntutan ganti rugi boleh diambil seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian yang ditandatangani setelah pengesahan perletakan jawatan diterima daripada majikan berkaitan. Jumlah keseluruhan ganti rugi perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan.

4. Bagaimana cara untuk memohon Penggantungan Pelaksanaan Ikatan Kontrak Berkhidmat Untuk Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Yang Lebih Tinggi? (Biasiswa Sahaja)

Pelajar perlu memohon Penggantungan Ikatan Kontrak melalui Portal MYSELF dengan memuat naik dokumen sokongan seperti berikut:

a. Surat tawaran daripada institusi pengajian; dan
b. Surat penajaan (Jika ada), sekiranya berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara dan tanpa penaja, perlu kemukakan Surat Perakuan Pembiayaan Sendiri.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan oleh jabatan ini melalui jawatankuasa yang berkaitan.

5. Bagaimanakah cara untuk memohon Pelepasan Ikatan Kontrak Berkhidmat?

Pelajar/pegawai perlu melengkapkan Borang JPA/BMI/JANJI/J3 yang boleh dimuat turun melalui http://esilav2.jpa.gov.my dan memberikan salinan buku perkhidmatan atau kenyataan pengesahan perkhidmatan daripada majikan (disahkan setiap helaian). Borang dan dokumen sokongan yang lengkap perlu dikemukakan secara emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau pos ke alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.
Hanya pelajar/pegawai yang telah memenuhi syarat berkhidmat mengikut tempoh di dalam perjanjian sahaja layak dipertimbangkan untuk pelepasan ikatan kontrak.