Skip to main content

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)

Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa merupakan kemudahan yang diberikan kepada pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan) bagi mengikuti kursus peringkat Ijazah Lanjutan secara separuh masa berdasarkan bidang khusus dan kepakaran yang berkaitan dengan skim perkhidmatan dan bidang tugas pegawai serta syarat-syarat lain yang terkandung dalam garis panduan yang ditetapkan.

Syarat Umum

(a) pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan);

(b) telah disahkan di dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;

(c) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;

(d) pegawai berumur tidak lebih daripada 50 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Ijazah Kedoktoran pada 1 Januari tahun penawaran;

(e) pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang telah dimiliki;

(f) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/ sederhana seperti berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu
(sehingga 1 Januari tahun penawaran)
Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan 1 tahun

(g) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;

(h) tidak tersenarai di dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;

(i) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini;

(j) pegawai bebas daripada sebarang penyakit kronik (LAMPIRAN B); dan

(k) tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

(a) telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun penawaran secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan;

atau

sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan dan mempunyai sekurang-kurangnya baki dua semester pada Tarikh tutup permohonan;

(b) telah mendapatkan kelulusan melanjutkan pengajian secara separuh masa daripada Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan; dan

(c) kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

Nota: Tahun penawaran bermaksud tahun program diiklankan.

Bidang Pengajian

(a) pemilihan bidang pengajian oleh pegawai adalah seperti berikut:

i. Perkhidmatan Gunasama (Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik) - LAMPIRAN A (i);
ii. Perkhidmatan Gunasama (Skim Perkhidmatan Psikologi) - LAMPIRAN A (ii);
iii. Perkhidmatan Gunasama (Skim Perkhidmatan Pegawai Latihan Vokasional) - LAMPIRAN A (iii); dan
iv. Perkhidmatan Bukan Gunasama - LAMPIRAN A (iv); dan

(b) pengajian secara Kerja Kursus (Coursework) di peringkat Ijazah Sarjana perlu melibatkan sekurang-kurangnya enam jam kredit berbentuk tesis, disertasi atau kertas projek penyelidikan.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa