Skip to main content

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

Program HLP JPA hanya ditawarkan kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan, termasuk Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan) yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan secara sepenuh masa.

Program HLP JPA merupakan penajaan yang merangkumi yuran pengajian dan elaun-elaun berkaitan serta kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada penjawat awam yang layak.

Syarat Umum

(a) Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan);

(b) telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;

(c) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;

(d) pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada 1 Januari tahun berikutnya selepas tahun penawaran;

(e) tempoh perkhidmatan minimum pegawai dalam kumpulan P&P pada 1 Januari tahun penawaran adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian Tahun Perkhidmatan
Ijazah Sarjana 8 tahun ke atas
Ijazah Kedoktoran 9 tahun ke atas


(f) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu
(sehingga 1 Januari tahun penawaran)
Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan 1 tahun


(g) permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan masing-masing melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia;

(h) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;

(i) tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;

(j) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini; dan

(k) bebas daripada sebarang penyakit kronik (LAMPIRAN B);

*Ahli keluarga pemohon yang dibawa bersama (pengajian luar negara) perlu bebas daripada sebarang penyakit kronik. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama (pengajian luar negara) menghidap penyakit kronik seperti di Lampiran B, penawaran HLP pegawai akan dibatalkan.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

(a) pemohon program ini di peringkat Ijazah Sarjana untuk bidang pengajian Ekonomi, Undang undang, Seni Bina, Kaunseling dan Psikologi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang-bidang tersebut;

(b) pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat;

(c) masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara;

atau

telah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara;

atau

bagi calon Ijazah Kedoktoran sahaja – telah memulakan pengajian pada tahun penawaran dibuka dengan syarat perlu memohon penangguhan pengajian daripada universiti bagi mengikuti Kursus Persediaan Ijazah Kedoktoran yang ditetapkan JPA;

*Tawaran HLP akan terbatal sekiranya pegawai gagal mengikuti Kursus
Persediaan Ijazah Kedoktoran.

(d) menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) bagi tujuan permohonan Program HLP JPA;

(e) pemohon yang berjaya ditawarkan kemudahan Program HLP JPA dalam negara tidak perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris, tertakluk kepada keperluan universiti; dan

(f) Pemohon yang berjaya ditawarkan kemudahan Program HLP JPA luar negara perlu lulus ujian Bahasa Inggeris dengan memperoleh skor minimum seperti berikut:

i. IELTS: Band 6.5 ke atas; atau
ii. TOEFL: Internet Based: 92 points/ Paper Based: 580 points dan
ke atas.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa