(a) Pegawai Kumpulan Pelaksana lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan (tidak termasuk Badan Berkanun Persekutuan);
(b) telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;
(c) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
(d) berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun penawaran;
(e) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan tahun dalam skim perkhidmatan semasa pada 1 Januari tahun penawaran;
(f) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
Tempoh Kursus |
Tempoh Menunggu (pada 1 Januari tahun penawaran) |
Lebih 12 bulan |
2 tahun |
Lebih dari 3 bulan dan kurang dari 12 bulan |
1 tahun |
(g) permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
(h) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;
(i) bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam JPA atau badan penaja lain;
(j) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima tahun terkini;
(k) tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja lain bagi Kursus yang akan diikuti.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa