Program Accelerated Course For Competency Excellence (ACE)
Program Accelerated Course for Competency Excellence (ACE) merupakan program latihan dengan penajaan yang diperkenalkan mulai tahun 2024 bagi tujuan pembangunan kompetensi penjawat awam dalam memacu pembangunan negara khususnya dalam bidang tujahan baharu seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence), peralihan tenaga, transformasi digital, pertanian dan teknologi makanan, pengurusan bencana, keselamatan siber dan persempadanan negara.
(a) Pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan dan Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan Dan Dibebaskan);
(b) telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;
(c) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
Tempoh Kursus |
Tempoh Menunggu (sehingga 1 Januari tahun penawaran) |
Lebih daripada 12 bulan |
2 tahun |
Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan |
1 tahun |
(d) permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan masing-masing melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
(e) bebas daripada tindakan tatatertib/ disiplin atau tindakan mahkamah;
(f) tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
(g) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima tahun terkini;
(h) tidak menerima penajaan daripada penaja lain dalam tempoh berkursus;dan
(i) bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran A
(a) pegawai berada di gred 44 hingga gred 56 daripada pelbagai skim perkhidmatan;
(b) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh tiga tahun terkini berturut-turut dalam skim perkhidmatan semasa;
(c) baki tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun;
(d) pegawai yang telah melaporkan diri setelah tamat cuti belajar di peringkat ijazah lanjutan tetapi belum menamatkan pengajian dengan jaya tidak layak dipertimbangkan; dan
(e) pegawai yang telah dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi dan masih belum menyelesaikan jumlah tuntutan tersebut tidak layak dipertimbangkan.
- Kecerdasan buatan;
- Peralihan tenaga;
- Transformasi digital;
- Pertanian dan teknologi makanan;
- Pengurusan bencana;
- Keselamatan siber; dan
- Persempadanan negara.
Jenis-jenis penyakit kronik
- Kanser;
- Serangan jantung;
- Pulmonary Hypertension;
- Sakit buah pinggang yang kronik;
- Sakit hati (liver) yang kronik;
- Fullminant Viral Hepatitis;
- Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;
- Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
- Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
- Pemindahan organ utama;
- Penyakit Parkinson;
- Penyakit HIV dan AIDS;
- Pemindahan kaki dan/ atau tangan;
- Skizofrenia; dan
- Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk meneruskan pengajian oleh pakar perubatan Kerajaan dan/ atau pakar perubatan yang diperakukan oleh penaja