Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) merupakan program latihan dengan penajaan yang bertujuan pembangunan kompetensi penjawat awam dalam memacu pembangunan negara khususnya dalam bidang tujahan baharu seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence), peralihan tenaga, transformasi digital, pertanian dan teknologi makanan, pengurusan bencana, keselamatan siber, persempadanan negara dan bidang baharu lain yang menjadi keperluan negara.