Skip to main content

Program Skills Training Initiative (STRIVE)

Program latihan dengan penajaan untuk pegawai daripada Kumpulan Pelaksana untuk mengikuti latihan pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran di dalam negara.

Syarat Umum

(a) Pegawai Kumpulan Pelaksana lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan (tidak termasuk Badan Berkanun Persekutuan);

(b) telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari tahun penawaran;

(c) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan tahun pada 1 Januari tahun penawaran;

(d) mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;

(e) berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari tahun penawaran;

(f) pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti pengajian pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia sedia ada yang telah dimiliki dalam bidang (area) yang sama (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, SKPK).

(g) mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti latihan jangka panjang/ sederhana di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti  berikut:

Tempoh Kursus Tempoh Menunggu
(pada 1 Januari tahun penawaran)
Lebih 12 bulan 2 tahun
Lebih dari 3 bulan dan kurang dari 12 bulan 1 tahun

(h) permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/ atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);  

(i) bebas daripada sebarang pertuduhan/ tindakan tatatertib/ dakwaan mahkamah;

(j) bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam JPA atau badan penaja lain;

(k) telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima tahun terkini; dan

(l) tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja lain bagi pengajian yang akan diikuti.

Nota: Tahun penawaran bermaksud tahun program diiklankan.


*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

(a) memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM);

(b) pegawai mengikuti pengajian Persijilan Kemahiran Malaysia dalam tempoh berikut:

Sijil Kemahiran Malaysia : 6 hingga 24 bulan

Diploma Kemahiran Malaysia : 24 hingga 36 bulan

Nota: Pengajian berbentuk pakej yang menggabungkan beberapa peringkat Persijilan Kemahiran Malaysia adalah tidak dibenarkan.

(c) pengajian yang akan diikuti diiktiraf oleh JPK, KESUMA;

(d) memiliki kelulusan di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang yang sama dengan pengajian yang dimohon (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, SKPK) - bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia sahaja; dan

(e) telah menerima tawaran mengikuti pengajian Persijilan Kemahiran Malaysia secara sepenuh masa pada tahun penawaran dan belum memulakan pengajian di Institusi TVET yang ditauliahkan oleh JPK, KESUMA seperti di LAMPIRAN A


*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Lampiran A
BIL. INSTITUSI TVET PERINGKAT LATIHAN
1 Institut Latihan Perindustrian Diploma Kemahiran Malaysia
(Tahap 4)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Diploma Kemahiran Malaysia
(Tahap 4)
2 Kolej Komuniti Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 - Tahap 3)
dan
Diploma Kemahiran Malaysia
(Tahap 4)
3 Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 - Tahap 3)
dan
Diploma Kemahiran Malaysia
(Tahap 4)
4 Kolej KEDA Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 - Tahap 3)
dan
Diploma Kemahiran Malaysia
(Tahap 4)