Dermasiswa B40 (DB40)
Program Dermasiswa B40 (DB40) ini diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dan Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang telah mendapat pengiktirafan penuh atau separa oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Bentuk Penajaan : Dermasiswa
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
- Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
- Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan kebawah.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Bagi Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti:
- Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tawaran/ telah mendaftar di institusi pengajian tersebut.
Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/ Institut Kemahiran MARA (IKM)/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)/ Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/ Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
- Menduduki SPM dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu subjek lain yang diambil; dan
- Telah mendapat tawaran/ telah mendaftar di institusi pengajian tersebut.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Institut Kemahiran Awam (IKA) yang terpilih iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
- Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti
- Sains
- Sains Sosial/ Sastera
- Kejuruteraan dan Teknikal/ Teknologi
*Tertakluk kepada takwim dasar penajaan semasa