Skip to main content

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar peringkat ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU). Hasrat utama program ini adalah untuk memberi akses pendidikan kepada para pelajar di peringkat tertiary dalam negara serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

1) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurangkurangnya PNGK 3.30; dan
(i) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
(ii) Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Bidang Pengajian
  • Klinikal dan Kesihatan
  • Veterinar
  • Kejuruteraan dan Teknikal/Teknologi
  • Sains Sosial/Sastera
  • Sains
  • Seni Bina

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan

Dibuka bermula 29 Februari 2024 sehingga 7 April 2024

*Tertakluk kepada takwim dasar semasa penajaan.

Program Ijazah Dalam Negara