Skip to main content

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)

Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 200 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pengajian di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara berpakej untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di manamana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus
  • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan
  • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Institusi Pengajian
  • Universiti Awam (UA)
  • Government Linked Universities (GLU)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Bidang Pengajian
  • Semua bidang pengajian kecuali bidang Pendidikan, Penerbangan, Kejururawatan, Separa Perubatan, Program Berkembar, Sijil Profesional dan Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).
Permohonan

*Tertakluk kepada takwim dasar penajaan semasa.