Program Ijazah Lanjutan (PIL)
Program Ijazah Lanjutan (PIL) ditawarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan;
- Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak di senarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Sekiranya ditawarkan penajaan, pelajar tidak dibenarkan bekerja sehingga tamat tempoh penajaan;
- Penjawat awam tidak dibenarkan memohon;
- Bagi pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Pertama, obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa;
- Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/ tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
- Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan;
- Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja; dan
- Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2025.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Kelayakan minimum akademik mengikut peringkat permohonan adalah seperti berikut:
Ijazah Sarjana
- Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
-
Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:
United Kingdom |
Australia/New Zealand |
Jepun |
70% & ke atas |
85% & ke atas |
85% S/A+/A+B (50% S/A+/A)* |
*85% S/A+/A+B – Jumlah gred S/A+/A dan B yang diperoleh adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred S/A+/A.
Penajaan akan dipertimbangkan bagi pemohon yang mendapat tempat pengajian di universiti luar negara yang tersenarai di kedudukan 100 teratas QS World University Rankings Tahun 2024/2025.
- Science, Technology; Engineering and Mathematics (STEM)
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
- Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
- Peralihan Tenaga
- Keselamatan dan Persempadanan Negara
- Keterjaminan Makanan
- Pengurusan Bencana
- Keselamatan Siber
- Transformasi Digital
Bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certificate in Legal Practice (CLP) adalah tidak ditaja.