Skip to main content

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada 200 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

Senarai syarat khusus diperincikan di dalam garis panduan bagi tahun penajaan semasa.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Institusi Pengajian

Senarai institusi pengajian diperincikan di dalam garis panduan bagi tahun penajaan semasa.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Bidang Pengajian
  • Kejuruteraan 
  • Sains dan Teknologi
  • Sains Sosial

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Permohonan

*Tertakluk kepada takwim dasar penajaan semasa.