Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (Ijazah Pertama) (PPF1)
Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (Ijazah Pertama) (PPF1) ini ditawarkan kepada pelajar yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam negara dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang telah mendapat pengiktirafan penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah diiktiraf oleh Badan Profesional berkaitan iaitu Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia.
Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).
Syarat Khusus
- Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan;
- Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon; dan
- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
-
- Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada semester pertama di peringkat Ijazah Pertama dan belum memperoleh keputusan semasa di peringkat pengajian tersebut, hendaklah memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50 atau setara di peringkat Persediaan/ Asasi.
-
- Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, hendaklah memperoleh keputusan semasa seperti berikut:
-
-
- “Lulus” dalam bidang Perubatan dan Pergigian;
-
atau
-
-
- PNGK sekurang-kurangnya 3.30 dalam bidang Farmasi
-
dan
-
-
- Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa.
-
Institusi Pengajian
Universiti Awam (UA) (melalui saluran perdana)
Bidang Pengajian
- Perubatan
- Pergigian
- Farmasi