Skip to main content

Program Penajaan Nasional (PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara berpakej bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa

Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A+ atau 9A+ bagi mata pelajaran yang disenaraikan dan memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi mata pelajaran selebihnya (jika ada), berdasarkan bidang pengajian yang ingin diikuti seperti berikut: 

  • Bidang Kejuruteraan/ Sains dan Teknologi

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu,  Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan satu mata pelajaran lain; 

DAN

Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).

  • Selain bidang Kejuruteraan/ Sains dan Teknologi

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A+ bagi mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu,  Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul AlDin/ Al-Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan satu mata pelajaran lain;

DAN

Minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).

Institusi Pengajian

  • Program Persediaan

Kolej Yayasan UEM

  • Ijazah Pertama

Senarai 20 universiti yang ditetapkan adalah berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024 melibatkan dua buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Permohonan

*Tertakluk kepada takwim dasar penajaan semasa